Thursday, October 18, 2018

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PELAJARAN 32 DOA PENYERI KEHIDUPAN

       DOA PENYERI KEHIDUPAN


KEPENTINGAN BERDOA

-Doa:tanda ketundukan dan kesetiaan             seseorang mukmin kepada Allah
        
        :maksud,memohon sesuatu                         kepada  Allah yang merupakan                 keperluan rohani dalam                             kehidupan manusia

*manusia tidak dapat hidup sempurna tanpa berdoa kerana manusia hanya mampu berusaha tetapi yang menentukannya hanyalah Allah SWT

*doa menjadi saluran untuk kita mohon sesuatu kepada allah

*doa merupakan senjata orang mukmin


                ADAB-ADAB BERDOA

 -Membersihkan diri daripada kotoran    dan najis serta suci daripada hadas        kecil dan besar

-Didahului dengan amalan soleh
 Cth,bersedekah dan menunaikan solat   hajat

-Menghadap kiblat

-Berdoa dengan penuh yakin

-Mengangkat kedua-dua tapak tangan     keatas berbetulan dengan bahu

-Memulakan doa dengan memuji Allah   ,berselawat keatas nabi

-Menyapu muka dengan dua tapak   tangan apabila selesai berdoa



         WAKTU DAN TEMPAT YANG                         MUSTAJAB BERDOA

WAKTU
-satu pertiga malam yang akhir
-hari jumaat dan malamnya
-bulan ramdhan
-hari arafah
-khatam alquran
-setelah mendengar azan dan diantara dua khutbah jumaat

TEMPAT
-dihadapan ka'bah
-dalam masjid 
-multazam antara rukun yamani dengan makam nabi ibrahim
-di padang arafah
-di raudah:antara mimbar dengan makam rasulullah
-di medan peperangan menentang musuh islam


 DOA YANG DI TERIMA
#orang dizalimi
#orang bermusafir
#ibubapa terhadap anak anak
#orang yang berpuasa
#pemimpin yang adil
#doa untuk sahabatnya diluar pengetahuan sahabatnya
#hamba yang ikhlas

DOA YANG DI TOLAK
#orang yang melakukan maksiat
#sumber makanan,minuman dan pakaian ketika berdoa daripada sumber haram
#berdoa dengan hati yang lalai,tidak khusyuk
#berdoa dalam keadaan riyak
#memohon perkara yang dilarang Allah


  KESAN TIDAK MENGAMALKAN                DOA DALAM KEHIDUPAN

×tiada keberkatan dalam hidup
×tidak dapat pertolongan allah 
×hati tidak tenang,mudah terpesong akidah
×tidak bersungguh-sungguh dalam suatu kerja
×menjadi manusia yang sombong kepada allah 
×mudah putus asa 
×jadi manusia yang lalai kepada allah



    LANGKAH-LANGKAH BERKESAN               UNTUK MELAZIMKAN DIRI                      BERDOA  KEPADA ALLAH


×sentiasa ingat allah
×memilih rakan rakan yang baik
×mengetahui ganjaran yang dikurniakan allah bagi orang yang berdoa

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment