Thursday, October 18, 2018

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PELAJARAN 32 DOA PENYERI KEHIDUPAN

       DOA PENYERI KEHIDUPAN


KEPENTINGAN BERDOA

-Doa:tanda ketundukan dan kesetiaan             seseorang mukmin kepada Allah
        
        :maksud,memohon sesuatu                         kepada  Allah yang merupakan                 keperluan rohani dalam                             kehidupan manusia

*manusia tidak dapat hidup sempurna tanpa berdoa kerana manusia hanya mampu berusaha tetapi yang menentukannya hanyalah Allah SWT

*doa menjadi saluran untuk kita mohon sesuatu kepada allah

*doa merupakan senjata orang mukmin


                ADAB-ADAB BERDOA

 -Membersihkan diri daripada kotoran    dan najis serta suci daripada hadas        kecil dan besar

-Didahului dengan amalan soleh
 Cth,bersedekah dan menunaikan solat   hajat

-Menghadap kiblat

-Berdoa dengan penuh yakin

-Mengangkat kedua-dua tapak tangan     keatas berbetulan dengan bahu

-Memulakan doa dengan memuji Allah   ,berselawat keatas nabi

-Menyapu muka dengan dua tapak   tangan apabila selesai berdoa



         WAKTU DAN TEMPAT YANG                         MUSTAJAB BERDOA

WAKTU
-satu pertiga malam yang akhir
-hari jumaat dan malamnya
-bulan ramdhan
-hari arafah
-khatam alquran
-setelah mendengar azan dan diantara dua khutbah jumaat

TEMPAT
-dihadapan ka'bah
-dalam masjid 
-multazam antara rukun yamani dengan makam nabi ibrahim
-di padang arafah
-di raudah:antara mimbar dengan makam rasulullah
-di medan peperangan menentang musuh islam


 DOA YANG DI TERIMA
#orang dizalimi
#orang bermusafir
#ibubapa terhadap anak anak
#orang yang berpuasa
#pemimpin yang adil
#doa untuk sahabatnya diluar pengetahuan sahabatnya
#hamba yang ikhlas

DOA YANG DI TOLAK
#orang yang melakukan maksiat
#sumber makanan,minuman dan pakaian ketika berdoa daripada sumber haram
#berdoa dengan hati yang lalai,tidak khusyuk
#berdoa dalam keadaan riyak
#memohon perkara yang dilarang Allah


  KESAN TIDAK MENGAMALKAN                DOA DALAM KEHIDUPAN

×tiada keberkatan dalam hidup
×tidak dapat pertolongan allah 
×hati tidak tenang,mudah terpesong akidah
×tidak bersungguh-sungguh dalam suatu kerja
×menjadi manusia yang sombong kepada allah 
×mudah putus asa 
×jadi manusia yang lalai kepada allah



    LANGKAH-LANGKAH BERKESAN               UNTUK MELAZIMKAN DIRI                      BERDOA  KEPADA ALLAH


×sentiasa ingat allah
×memilih rakan rakan yang baik
×mengetahui ganjaran yang dikurniakan allah bagi orang yang berdoa

Sekian, terima kasih.


Wednesday, October 17, 2018

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PELAJARAN 33 WAWASAN BERIBADAT

            WAWASAN BERIBADAT

KEPERLUAN MEMELIHARA ADAB KETIKA BERIBADAT

1)Ibadat tersebut mencapai                         kesempurnaan dan diterima oleh           Allah SWT.

2)Membentuk keperibadian yang unggul dalam menjalani kehidupan seharian.

3)Mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT.

IBADAH - Ibadah wajib
                -Ibadah sunat

Ibadat wajib terdiri daripada rukun islam.Cth,solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji.

Ibadat sunat merupakan tambaban kepada rukun.Cth,berzikir,menunaikan solat rawatib,berpuasa pada hari isnin dan khamis,mengerjakan umrah,membaca alquran dan bersedekah

*TUJUAN BERIBADAT ?
  -Untuk mendekatkan diri kepada             Allah.

PERBEZAAN ANTARA IBADAT DENGAN                                ADAT

IBADAT?
-Ditentukan oleh syariat islam
-Tidak boleh diubahsuai
-Terdiri daripada perkara wajib dan       perkara sunat
-Mendapat pahala daripada Allah SWT
-Berdasarkan alquran dan hadis

ADAT?
-Menjadi kebiasaan dalam kehidupan     harian sesuatu umat
-Berubah mengikut budaya suatu   masyarakat
-Terdiri daripada perkara harus
-Mendapat pahala mengikut niat
-Ada yang bersesuaian dengan alquran   dan hadis 

      ADAB - ADAB BERIBADAT YANG                DITERIMA OLEH ALLAH SWT

1)IKHLAS
  -Niat ikhlas kerana allah swt                       bermaksud melakukan sesuatu               ibadat  untuk mendapat keredhaan         allah

2)BERIBADAT MENGIKUT CARA YANG       DITETAPKAN OLEH SYARA'

3)SENTIASA MENGHARAPKAN                   GANJARAN YANG BERTERUSAN               DARIPADA ALLAH SWT

4)MENGERJAKAN IBADAT DENGAN           BERSUNGGUH-SUNGGUH 

5)MELAKSANAKAN IBADAT DENGAN       HATI YANG KHUSYUK

6)BERPAKAIAN KEMAS DAN BERSIH

       HIKMAH MEMELIHARA ADAB                                   BERIBADAT

#INDIVIDU
-Dapat ketenangan jiwa
-Dapat mempertingkatkan keimanan     kepada Allah
-Mempertingkatkan prestasi   keperibadian muslim
-Memiliki kekuatan untuk menjauhkan   diri daripada kemungkaran

#MASYARAKAT DAN NEGARA
-Mewujudkan masyarakat yang     prihatin dan bertanggungjawab
-Melahirkan sikap hormat -     menghormati dalam kalangan                 masyarakat
-Mengurangkan perbuatan mungkar
-Menyelitkan sifat jujur dan amanah   dalam diri seseorang pegawai dan         pekerja

       AKIBAT MENINGGALKAN ADAB                                BERIBADAT

-Ibadat tidak sempurna
-Jauh daripada rahmat Allah
-Kehidupan tidak tenang
-Mudah terpengaruh dengan maksiat
-Tidak melahirkan insan yang       berdisiplin dan berakhlak
-Tidak mendapat penghormatan masyarakat


Info lain

Ibadah merupakan bukti ketundukan seorang hamba kepada penciptanya .Pastinya hamba itu ialah manusia dan pencipta alam ini ialah ALLAH SWT.Umat islam wajiblah melakukan ibadat dengan ikhlas dan mengikut peraturan -peraturan yang telah ditetapkan oleh allah agar dapat mencetuskan sikap jujur dalam kerjayanya serta menjauhkan diri daripada rasuah dan pecah amanah.Pada masa yang sama umat islam wajib menghasilkan peralatan ibadah sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.Darj segi adat pula,umat islam mestilah berusaha dalam memastikan adat yang diamalkan tidak bertentangan syara'.Adat yang baik menjadi ibadat dengan cara melakukannya dengan niat yang ikhlas semata -mata hanya kerana Allah SWT. Oleh itu,hindarilah sifat-sifat mazmumah seperti riyak iaitu melakukan suatu ibadah bukan kerana  Allah SWT, ujub dan sum'ah.


WAHAI MANUSIA,SESUNGGUHNYA IBADAT KEPADA ALLAH SWT ADALAH SEBAGAI TANDA KITA BERSYUKUR KEPADANYA.BEGITU JUGA GANJARAN SYURGA ADALAH SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG ALLAH KEPADA HAMBA YANG PATUH BERIBADAT KEPADANYA