WAWASAN BERIBADAT
KEPERLUAN MEMELIHARA ADAB KETIKA BERIBADAT1)Ibadat tersebut mencapai kesempurnaan dan diterima oleh Allah SWT.
2)Membentuk keperibadian yang unggul dalam menjalani kehidupan seharian.
3)Mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT.
IBADAH - Ibadah wajib
-Ibadah sunat
Ibadat wajib terdiri daripada rukun islam.Cth,solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji.
Ibadat sunat merupakan tambaban kepada rukun.Cth,berzikir,menunaikan solat rawatib,berpuasa pada hari isnin dan khamis,mengerjakan umrah,membaca alquran dan bersedekah
*TUJUAN BERIBADAT ?
-Untuk mendekatkan diri kepada Allah.
PERBEZAAN ANTARA IBADAT DENGAN ADAT
IBADAT?
-Ditentukan oleh syariat islam
-Tidak boleh diubahsuai
-Terdiri daripada perkara wajib dan perkara sunat
-Mendapat pahala daripada Allah SWT
-Berdasarkan alquran dan hadis
ADAT?
-Menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian sesuatu umat
-Berubah mengikut budaya suatu masyarakat
-Terdiri daripada perkara harus
-Mendapat pahala mengikut niat
-Ada yang bersesuaian dengan alquran dan hadis
ADAB - ADAB BERIBADAT YANG DITERIMA OLEH ALLAH SWT
1)IKHLAS
-Niat ikhlas kerana allah swt bermaksud melakukan sesuatu ibadat untuk mendapat keredhaan allah
2)BERIBADAT MENGIKUT CARA YANG DITETAPKAN OLEH SYARA'
3)SENTIASA MENGHARAPKAN GANJARAN YANG BERTERUSAN DARIPADA ALLAH SWT
4)MENGERJAKAN IBADAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
5)MELAKSANAKAN IBADAT DENGAN HATI YANG KHUSYUK
6)BERPAKAIAN KEMAS DAN BERSIH
HIKMAH MEMELIHARA ADAB BERIBADAT
#INDIVIDU
-Dapat ketenangan jiwa
-Dapat mempertingkatkan keimanan kepada Allah
-Mempertingkatkan prestasi keperibadian muslim
-Memiliki kekuatan untuk menjauhkan diri daripada kemungkaran
#MASYARAKAT DAN NEGARA
-Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab
-Melahirkan sikap hormat - menghormati dalam kalangan masyarakat
-Mengurangkan perbuatan mungkar
-Menyelitkan sifat jujur dan amanah dalam diri seseorang pegawai dan pekerja
AKIBAT MENINGGALKAN ADAB BERIBADAT
-Ibadat tidak sempurna
-Jauh daripada rahmat Allah
-Kehidupan tidak tenang
-Mudah terpengaruh dengan maksiat
-Tidak melahirkan insan yang berdisiplin dan berakhlak
-Tidak mendapat penghormatan masyarakat
Info lain
Ibadah merupakan bukti ketundukan seorang hamba kepada penciptanya .Pastinya hamba itu ialah manusia dan pencipta alam ini ialah ALLAH SWT.Umat islam wajiblah melakukan ibadat dengan ikhlas dan mengikut peraturan -peraturan yang telah ditetapkan oleh allah agar dapat mencetuskan sikap jujur dalam kerjayanya serta menjauhkan diri daripada rasuah dan pecah amanah.Pada masa yang sama umat islam wajib menghasilkan peralatan ibadah sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.Darj segi adat pula,umat islam mestilah berusaha dalam memastikan adat yang diamalkan tidak bertentangan syara'.Adat yang baik menjadi ibadat dengan cara melakukannya dengan niat yang ikhlas semata -mata hanya kerana Allah SWT. Oleh itu,hindarilah sifat-sifat mazmumah seperti riyak iaitu melakukan suatu ibadah bukan kerana Allah SWT, ujub dan sum'ah.
WAHAI MANUSIA,SESUNGGUHNYA IBADAT KEPADA ALLAH SWT ADALAH SEBAGAI TANDA KITA BERSYUKUR KEPADANYA.BEGITU JUGA GANJARAN SYURGA ADALAH SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG ALLAH KEPADA HAMBA YANG PATUH BERIBADAT KEPADANYA
Terima kasih kepada pembaca-pembaca.Sy harap ilmu ini dapat digunakan oleh kamu semua dalam kehidupan.:)
ReplyDelete